Pages

Friday, September 23, 2011

zero =(

hari ni 23 september..jumaat..setelah sekian lama akhirnya aku menghabiskan hujung minggu aku kat IPBA..kosong..zero..baru la ak terimgat nak update blog..kalau x memg aku malas da nak hupdate..hehe..rasenye da 4 bulan aku xupdate blog neh..macam2 da yg jadi..praktikum 2 bulan pon da hbes..raya pon da hbes..macam2 peristiwa yang berlaku..macam2 org silih berganti datang dan pergi tinggalkan aku..cukup2..aku xnk cter hal peribadi kat cini..haha..

ain..terus la tabah k..org yg betul2 kenal ko akan tau jugak kebenarannya satu hari nanti..semoga aku berbahagia selalu..

Monday, June 27, 2011

kehidupan meninggalkan aku..

salam..rasenye da lame aku xmenulis untuk blog ni..yela kan...cuti 3 minggu memg aku xingat da benda laen..n now...semester baru,blek baru,kelas baru..n azam baru..ops terlebey suda..sejak akhir2 ni aku selalu teringatkan family aku..kawan2 lama..kehidupan yang jauh meninggalkan aku..selalu je kenangan lalu datang mengusik hati..kenangan zaman persekolahan kat mrsm,kenangan plkn,kenangan dengan keluarga..sume 2 jauh da aku tinggalkan..kalau dulu aku cme budak belasan tahun,cume anak kecil kepada sebuah keluarga,sekarang aku da menginjak puluhan tahun,anak harapan kepada sebuah keluarga..lihat lah betapa jauhnya kehidupan meningglkan aku...

Thursday, May 12, 2011

sweet itu manis..

tadi aku dan cik laby2 pegi menonton..ha3..mcam org dulu2 lak..g tengok muvie daa..cter KONGSI..lu langsi lu mati ma..cter dye ok la...bes sebab shaheizy sam ade..boley la..enjoy..

lepas tgk muvie kami pon berjalan-jalan..kami usha jam tangan..hu2..dan terjumpa satu jam yang sangat unik keluaran Calvin Klein..cantik pada aku.tapi harga..perghhh =)
 ha3..jam ni?bia la aku dengan impian aku..hi3

Wednesday, May 11, 2011

utk abg..=p

khas untuk abg..he3..
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Monday, May 9, 2011

kEhiLaNgan..

betul la kate org kehilangan 2 amat menyakitkan..walau mungkin kite rase kite telah cukup bersedia..aku rase aku da redha,aku rase aku da merelakan..tapi knp hati ni masih pedih..hari jumaat yang lepas aku baru kehilangan atuk aku..ye..aku xmenanges..tapi bukan bermakna aku xsedey..aku xmenanges sebab aku kene kuat..aku kene bg kekuatan kat ayah aku..aku tau ayah aku sedey..tapi dye jugak macam aku..cube utk kuat..kami same2 saling meminjamkan kekuatan..mana mungkin aku xsedey bila mana aku kehilangan org yg satu ketika tangan ni yg menolak kerusi roda,pernah menjaga makan dan minumnya,pernah menjadi penemannya dan die..org yg meningglkan aku itu pernah mengambil aku pulang dari sekolah setiap hari,pernah menjadi tempat aku menumpang kasih dan sayang..tapi kesedihan ni bia kami je yang tanggung..xperlu aku menjerit meraung untuk bgtau betapa sedeynya aku..sape yg knl aku dye akan tau aku sedey bile melihat mata ini..hanya yg mengenali aku..terima kasih kepada semua yg sudi meminjamkan bahu ketika aku bersedey..

Wednesday, April 27, 2011

lalala~ =)

kepada faiq..
sy nak mintak maaf...sy tau sy byk wat salah..sy terlalu kebudak budakan..tapi sy syg awak..sy mule yakin kite akan bahagia.thanks kerana meyakinkan sy..doakan hubungan kite k..sy tulis kat cni sebab sy tau abg akan baca kat cini..=)



Tuesday, April 26, 2011

b.o.s.a.n

kepada faiq..buat keje baek2..sy sgt bosan walau da merdeka..asek2 tengok kal ho naa ho je..da bape kali ulang n bape kali nges da..hu3

Monday, April 25, 2011

zon emosi..=p

entry ini agak berunsur emosi sedikit..ye...pengajaran pada hari ni..jgn mengharapkan pertolongan atau sesuatu dari org laen khususnya org yg xde kne mengena ngn kite...nanti hati kite balek yg akan terluka bile kite tau pertolongan n sesuatu yg diberikan 2 sebenarnya cme utk menjaga hati,xikhlas..bukan atas keinginan diri sendiri..its ok..aku boleh buat n dapatkan ape aku nak sendiri..thanks but no thanks..ckup la..aku xkan sebut2 lagi..titik.

antara daun dan pohon..=)

Namaku angin. Padang rumput ini adalah tempat tinggalku. Ya, aku tahu, angin tidak seharusnya memiliki tempat tinggal. Teman-temanku yang lain sering berkelana dari satu tempat ke tempat lain. Karena itu yang dilakukan angin, kami bebas berhembus kemanapun kami suka
Aku juga pengelana, dulu ! Lalu di padang ini pengelanaanku terhenti, karena selembar daun yang hijaunya berbeda dari daun manapun yang pernah kutemui. Lalu aku menetap di sini, menjadi pengagumnya yang paling setia.
Aku tentu saja punya banyak teman sesama angin. Sudah banyak angin yang singgah di padang rumput ini, dan tiap akan pergi melanjutkan perjalanan, mereka selalu mengajakku serta berkelana. Tapi aku tetap setia pada padang rumput tempat tinggalku ini. Maka mereka menyebutku angin yang aneh. Padahal aku tak aneh, aku hanya jatuh cinta.

Suatu hari yang cerah, seperti biasa aku bermain di sekitar pohon tempat daunku tinggal
Ia tak seceria biasanya, ia tampak sedih. Aku berputar di sekitar pohon, ingin tahu kemalangan apa yang menimpanya. Tapi betapa terkejutnya aku ketika daun itu tiba-tiba terlepas dari ranting sang pohon.
Aku terdiam memandangi sang daun yang kini tergeletak di tanah. Ia bebas sekarang, tak lagi tergantung di ranting pohon. Ini kesempatanku untuk melanjutkan pengelanaan, tanpa kehilangan alasan utamaku berhenti berkelana. Maka kuhampiri sang daun, mencoba mengajaknya ikut berkelana bersamaku. Tapi kudapati jawabannya membuat hatiku teriris
“Maaf angin, andai saja aku bisa. Aku terlalu mencintai pohon yang baru saja membuangku ini. Dan aku takkan menyerah mencintainya. Aku akan tetap di sini, di kakinya sampai membusuk dan diserap tanah, lalu menyuburkannya, pohon yang membuangku”
Maka aku memutar tubuhku, tak sanggup lebih lama menyaksikan daun terindahku terluka, apalagi sampai membusuk demi pohon yang membuangnya
Namaku angin. Dan kini aku kembali bergabung dengan kawananku, melakukan apa yang dilakukan angin, berkelana !

rase syg..

sejak 2 menjak ni rase sgt sygkan org di sekeliling aku..family,kawan2 dan cik laby2..mungkin rase rindu sgt pd family kot..siang td ulfa sukan...nth cmana la dye agknye ye sukan bile aku xdapat tgk..nges ke..sedey ke..hope dye ok je...=(

aku kol mak,n mak xjawab..mana agknye mak pegi ye.asignment aku pon sume da ciap..td ciapkan asignment pentaksiran aku..asignment yg last..tp perghhh...dasyat tol...angka je sume n aku pun PENING...maklum la aku memg xngam ngan member yg namanya angka ni...xsebulu org kate..aih..ape la yg aku merepek ni...nyte la sume...

Saturday, April 23, 2011

Macam2 & saya sedey..=(

aku alergic bwt kali ke2..dan mendapat injection juge bwt kali ke2...saketnye tuhan je yg tau..tapi skang da ok..cme aku still kne berpantang dalam pemakann..dan berita yg lebey tergempar..kami student sem 5 diminta berpindah ke luar hostel bermula sem depan..knp la nasib kitorg camni..bile kiteorg nak rase hepy n senang sket,akan ade dugaan yg dtg..kate cik laby2 sebb tuhan syg kami..sebb 2 la kami yg dapat dugaan 2..sedey..macam2 bnda nk pk ble da dok luar nanti...transport,$$$$ dan macam2 g...kpd cik laby2 terima kasih sebb ade waktu sy susah dan senang..terima kasih atas bantuan yg dihulurkan..awak sgt baek dan bwt sy lagi sedey..kpd kawan2,kite akan berjuang k...untungla kne dok lua...ha3.tawa dalam tangisan.=)

Friday, April 15, 2011

yes i'm Hepy...=(

hari ni hari last aku kt sekolah..aku xtau nak ckap sama ade aku hepy atau pun x...yg pasti ade sedikit hepy dan ade sedikit tidak..ha3..xpela kanak2 ade jodoh kite bertemu lagi k...setiap yg bertemu mesti akan berpisah kan...yg penting skang asignment aku yg berlambak..(berlambak ke?bukan sume da ciap?)ha3..gile la kalau asignment aku da ciap..bukan ain namanye tu...aku ngn makhluk yg bernama asignment xpernah serasi..petang ni aku nak blek..nk tengkan fikiran..ecewah..rindu gile kat kanak2 kat umah..bile tengok kanak2 kat sekolah teringat dorang..cmana agaknye dorang kalau kat sekolah nanti...

cik laby2 pon da janji nak bwak aku g somewhere kalau aku berkelakuan baek sepanjang praktikum ni...kriteria berkelakuan baek ni maksudnye..
  • xsedey bile nak g sekolah setiap kali hari isnin
  • tabah n xmerungut bile byk keje
  • tenang n rileks bile lect kate "esok saya datang n akan observe"
  • keje banyak pon sengih jela...=)
agaknye aku da melepasi tahap2 yg ditetapkan kot..so,cik laby2 kate aku da LULUS dengan gred A-..A- pon jadila...awal2 xleh bagi markah tinggi kate cik laby2..

Tuesday, April 12, 2011

Hepy convocation!!

skng ni aku bz sgt..susah btl nak cari mase nak update blog..cmana xsusah kalau hari2 kene pk cmana nak update buku RPH aku 2...tapi alhamdulillah,tadi aku da di observe utk kali terakhir...sumenye ok n aku da pon merdeka..=) hari ni aku nak cter tentang hari konvo utk cik laby2...tahniah ye cik laby2 kerana telah menamatkan pengajian dengan jayanya..xsabar lak nak tggu giliran aku..he3..disebabkan kesibukan aku ni jugak aku xsempat lagi nak celebrate kejayaan dye..n baru ni aku berpeluang utk upload gambar dye.hope awak suke..=)



Saturday, April 9, 2011

kau dan aku..=(

hari ni hari kedua sumenye berlaku...hati yg makin terluke dan ikatan yg aku semakin pasti dah terlerai..aku dpt rse yg dye sgt membenci aku..aku pun xtau npe..tp xpela..biala kalu ni yg boley buat dye hepy..cinte xsemestinye bersatu kan dan menyayangi xsemestinye memiliki..ni la yg aku tgh hadapi..pelik kan hidup ni..kite kejar seseorang yg kite da pasti x menyayangi kite tp kite abaikan seseorang yg sentiasa memburu perhatian kite...cinta kan xboleh dipaksa..berkali aku ingatkan diri yg aku WAJIB menerima hakikat ni..aku PERLU sedar diri dan kuat walau sepedih mana pun hati tapi knp aku masih gagal..kalau la saya sekuat awak,mesti hidup ni mudah kan...ya Allah...tabahkan hati ku..kurniakan aku kekuatan dan ketabahan seperti mana yg kau kurniakan kpdnya..bantula aku untuk memulakan kehidupan yg baru walau aku pernah gagal bersamanya...

Friday, April 8, 2011

Tabahla Hati...

da lame aku xtulis dalam blog ni..banyak benda yg dah jadi...sedey and gembira datang silih berganti..tp aku terima dengan redha..insyaallah..sepedih mana sesuatu dugaan,aku akan cube berbesar hati menerimanya..malam ni hati aku terluka lagi...terlerainya sebuah janji..ye..mulai detik ini aku akan berhenti berharap pada yang tak sudi..titik..

betul la kate org tak ade cinta sejati dalam hidup ni..sekali air bah,sekali pantai berubah..xperlu amek tempoh yg lame,xperlu menunggu puluhan tahun..aku akui aku juga xpernah sunyi dari melakukan khilaf..tp itu la sedaya ku..memberikan sepenuh kesetiaan dan ketaatan yang tiada tandingnya..aku cbe ikhlaskan hati lepaskan dye pergi..mungkin dye hanyalah salah satu nikmat yang tuhan pinjamkan utk aku..supaya aku dapat merasakan bahagia walau sedetik cuma..terima kasih Allah..kepada awak,saya tak benci awak..saya juga xsalahkan awak..mungkin ini la perjanjian kite dgn Allah..jika bahagia itu bukan pada saya,pergilah..carilah kebahagiaan tu.xmungkin sy akan teruskan sume ni sedgkan sy da pasti isi hati awak...

Tuesday, March 29, 2011

alergic kah?=(

da lame rasenye aku xtulis entry...da macam2 benda yg jadi dalam hdup aku..he3


  • cik laby2 da pon konvo..yahoo...hepy graduation ye awak..macam yg awak cakap..xlame lagi turn sy lak..insyaallah..nanti sy uploadkan gambar k...=)

  • aku pon da praktikum..kat sk petaling (1)..da mule rase minat ngan kerjaya cikgu..dan da mule sedar betapa susahnye jd seorang cikgu..=(    

  • aku tbe2 diserang penyakit alergic..da rujuk hospital PPUM dan begitula keputusannya..alergic yg aku ngan doktor pon xtau ape menatang nye..mak aku lagi terkejut..."22 tahun mak jage ain x pernah dgr pon ain alegic.. "begitula dialog mak..doctor plak tnye aku ade alergic pape ke x..aku nganga..kalau aku tau aku alergic ape,aku la doktor..hahaha..ble pk balek seronok jd doctor..bile kite saket dye leh tnye cam ni.
"sebelum ni pernah x ade masalah cam ni..ade x tande2 lain saket kamu ni.."
 tapi bile  jd cikgu n anak murid xpandai,xkan nak tnye cam doctor lak  

"sebelum ni pernah x kamu ade masalah xpandai camni?ade x tande2 lain yg kamu ni xpandai" laen macam kalau aku tnye camni..mungkin aku la cikgu paling kejam atas muke bumi ni..
 hmmm...kalau la aku jd doctor..(ade kekesalan disitu)

Tuesday, March 22, 2011

editing..=)

ni la hasilnye...=)










Thursday, March 10, 2011

=(

malam yang sgt sedey..thanks kepada kawan baek aku sebab slalu je ade waktu aku sedey n waktu aku betul2 perlukan sumone..sgt2 hargai..dan sgt2 sygkn hbungan kite..insyaallah..aku akn sentiase ingt pesanan 2..betul kate dye,mungkin da sampai masa aku sedar ape yg tgh berlaku kat sekeliling aku..mgkin aku da patut terima hakikat masanya da sampai..sama ade aku ske atau x aku kne lalui situasi ni..thanks sgt2 n aku sedang memulakan hidup yg baru dan aku harap dye akn sentiasa ade ngan aku melalui waktu2 yg sgt kritikal ni..=(

Wednesday, March 9, 2011

kenangan itu..

tadi aku dok kemas2 folder dalam laptop aku..teringat plak yg cik laby2 ckp aku suke biakan folder aku bersepah dalam laptop..nak wat cmana..2 la perbezaan kami..dye sgt sistematik dan aku sgt rileks..he3..
dari wallet,laptop,pendrive, sume dye yg susunkan..tapi bukan 2 yg aku nak cte kan..aku nak cte kan yg sedang aku kemas2 laptop, aku terjumpe sesuatu yg mengusik hati..

cantik tempat ni n kenangan yg bes di sini..agak2nye pasni cik laby2 nak bawak g mana lak eh..he3

Tuesday, March 8, 2011

selamat hari wanita..=)

selamat hari wanita sedunia (bukan karnival sukan wanita k...trauma dengar benda 2..hak3)..ditujukan khas kepada sume wanita yang telah banyak berbakti dalam hidup saya..juga kpd sume wanita yang membuat saya tersenyum sehingga ke hari ini..
thanks cik laby2 atas ucapan pagi td..xsangke awak lebey alert tentang hari wanita berbanding saya sendiri..selamat hari wanita ain..=)

aku hanya wanita biasa..

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak.. 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedang sakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa.. 


http://www.facebook.com/NURJANNAHJANNAH57

Monday, March 7, 2011

aku +dye = indah

semalam yg indah..walaupun aku penat n comot..ha3..tapi aku berpuas hati..terima kasih kpd cik laby2 sebab sudi mencuba memenuhi keinginan dan kehendak sy..=)





Friday, March 4, 2011

WisH LisT

my wishlist..=)



Wednesday, March 2, 2011

akuaN saLah Laku..

malam tadi aku da buat salah..aku buat  org sdey..aku buat org terase..tp aku hrp dye tau:
walau setinggi mana kesalahan aku..aku sygkan dye
walau sedalam mana aku luka kan hati dye...aku rindukan dye
dan..walau sepayah mana aku mencuba...xmungkin aku membenci dye..



Tuesday, March 1, 2011

siMpLe buT nicE =)

thanks kepada sume kawan2,family sy yang wish untuk besday semalam..sy sgt2 syangkan kalian sume..=)..thanks jgk utk cik laby2 atas sambutan besday sy semalam..its simple but nice..=)..


Sunday, February 27, 2011

baru balik dr umah..kami sambut besday ulfah (anak buah aku)..malam ni mood sedikit terganggu sebab sangat2 rindukan umah..rase sunyi sgt2 bile xde orang2 yang aku sayangi kat sisi..hope aku terus tabah hadapi ape pun dugaan yang Allah da tentukan untuk aku..hope ape pun yg berlaku aku masih boley tersenyum n teruskan hdup aku..=)

Wednesday, February 23, 2011

iNi yAng tErbaEk..=)

sambutan besday cik laby2..=) ini yg terbaek mampu sy lakukan..


Tuesday, February 22, 2011

Hepy BesDay =)

hari ni besday cik lulaby..besfren aku yg paling baik..org yg banyak tlg aku walau kat mne aku berada,walau ape pun situasi..ape pn yg kamu lakukan,dimana pn kamu berada thank you n hepy besday..semoga mendapat sepenuh kebahagiaan,kejayaan dan sume yg diimpikan berjalan seperti yang dirancang
  

 Do you still remember, how we used to be
Feeling together, believe in whatever
My love has said to me, 

both of us were dreamers, young love in the sun
Felt like my Saviour, my spirit I gave you
We'd only just begun

Viva forever, I'll be waiting 
Everlasting like the sun
Live Forever for the moment
Ever searching for the one

Yes I still remember, every whispered word
The touch of your skin
Giving life from within like a love song that I'd heard


Slipping through our fingers, like the sands of time
Promises made
Every memory saved has reflections in my mind
Back where I belong now, was it just a dream

Feelings unfold
They will never be sold and your secret's safe with me

Monday, February 21, 2011

Dye LebEy heBat..

baru tadi aku dapat satu panggilan dari mak aku..mak aku cte pasal sorg cousin aku nie..dye kuar tv berita tentang murid cacat penglihatan yang dapat terbaik dalam stpm baru2 ni..cousin aku ni lelaki..anak uteh aku,abg kpd mak..lepas dapat kol dari mak,aku termenung sekejap..terkedu..speechless..bukan aku xske..jujur aku ckp aku bangga ngan dye..dye muda setahun dari aku..antara cousin2 aku,dye ni pesaing utama aku sebb dye selalu kate nak jd sehebat aku..padahal aku xde la hebat mana pun..tp dye memg jd kan aku ni idola dye..ha3..xtahan ayat aku..bile dye naik form 5 aku tau dye xsabar2 nak beat aku..tp aku xkisah pon..dye kan family aku jugak...tapi tibe2 dugaan datang bile makin hari mata dye tibe2 makin kabur..doktor pakar pon xdapat sahkan ape puncanya..spm makin dekat dan dye makin menderita..kemuncaknya dye terpaksa tangguhkan spm dye utk tahun depan sebb dye kene amek spm pakai mesin braille..jadi,kenela blaja..tahun berikutnya dye amek spm..dapat 4A..hebat da pada aku utk seorang yg kurang upaya..kite yg normal pon kadang2 xsehebat 2 kan..sebab nak ikut idola dye ni,dye apply maktab..tapi xdapat.aku pon xtau mana yg xkene..mungkin Allah janjikan sesuatu yg lebey baik..td,bile mak aku kol bgtau dye masuk berita,aku tau tula yg terbaik utk dye. bile dye da berjaya camni,buat aku terpikir dye xpatut jadikan aku idola dye sebab dye lebey hebat dr aku..dye hebat dalam hdup,dye hebat dalam exam,dye hebt dlm segalanya..sape yg boleh terima bile tibe2 nikmat yg diberi ditarik serta merta..kalau aku kat tempat dye,boleh ke aku jd macam dye..ntahla..dan malam ni aku terus termenung memikirkan dye..aku doakan satu hari nanti dye akan terus berjaya..



Saturday, February 19, 2011

omg..can't believe..

sabtu,1:03 petang..berseorangan di bilik..sgt busan..he3..cmana lak weekend camni aku ley dok kat maktab..dgn bekalan makanan yg kurg..hoho..bru aku tau camni la perasaan kwn aku yg dok jauh2 n xley balek umh tiap minggu..menderita..tersisksa batin oo..ni kire penyakit yg membunuh dlm diam..xsangke aku setabah nie..rindu la kat my mum,abg,kakak,ayah n sume kaum kerabat..hmmm..ape nak wat..(sape yg larang ko balek..ko yg xnak balek)..ha3..ade aku kisah ke..


Thursday, February 17, 2011

aku dan 14 februari..

entry kali ni aku nak cte ape yg terjadi antara aku dan 14 February ni..kite pun tau kan tarikh ni khas utk valentine day..untuk meraikan kekasih katenye..tapi bukan 2 yg aku nak ceritain..ha3..cer citer cket..meh aku story..alkisahnye hari ni hari first aku bertemu dye..kire baru lagi la..n aku mcm terpegun gler..kire jatuh cinta la jgk..dye lain dari lain..member2 aku pon mint kat dye..ni la dye...


ice cream berbentuk pisang..aku pun pelik la..zmn skang ni macam2 ade der...ciap boleh kupas kulit lak yg aku kagum 2..xsangka bnda camni ade jual kat IPBA..yela..tempat cikgu2 blaja kot..childish betol...tp cikgu pon manusia bese..jakun gak sesekali jumpe bnda camni..kagum mengalahkan anak murid..termasukla aku..

malam 2 lak ade lagi bnda best..ade member ni nak blanja makan..sempena besday dye la aku rse..he3..hepy besday adi..he3..kat ne?macam bese la..tempat lepak bese..waktu bese..n pinggan pon saiz bese..ha3.pas makan,kami pon lepak dulu sebelum balek..hmmm..da macam frenship day la pulak ble aku pk2..ha3..untuk sume yg menceriakan 14 februari aku,thanks dari aku kerana berada bersama aku dan 14 february...

Thursday, February 10, 2011

Terima kasih syg..

aku xtau nak tulis ape..tapi aku tetap nak tulis..ape nak jadi,jadila..aku nak cakp,tp aku malu..tp aku nak jugak cakap..ape aku kisah..he3..aku kene ckp ni kt korang..kalu x,xtau bile lg..aku takut xsempat nk ckp kalu aku bertangguh..nk xnak mesti hari ni jgk..aku nk ckp terima kasih syg kepada...

encik mohd nor (pengkritik bertauliah) dan puan zulliah..
 puan norzila dan konco-konconya (penasihat)

encik mohd amin..alamak xde gambar la..sori ye abg ku.he3

 kamu-kamu semua...=)

dan kamu...


mcm sesi penghargaan kan..tapi kdg kala kasih syg juga perlu diucap..walau di mana kamu semua berada,sape pun sy kepada kamu semua,terima kasih syg kerana membantu menjadikan perjalanan hdup sy lurus dan dipermudahkanNya..adanya kamu semua,hdp ini indah..=)

Tuesday, January 25, 2011

ertinye cinta..

kali ni aku xde nak tulis pape..just nak share lagu ni ngn korg sume..aku rse korg pon pernah dgr kan lagu Ari Lasso ngn Melly Goeslaw ni..hope korg enjoy..

Tiba-tiba engkau ada
Kemudian engkau hadir
Laksana kerdil ku memeluk
Lihat aku lebih dalam

Di matamu ku melihat
Ada cinta yang tersirat
Sirami hati merebak
Barangkali aku salah
Ku terdiam bukan bisu
Tahu engkau besar malu
Tutupi rasa gelisah

Biar saja waktu nanti
Yang menikmati kisah ini
Bersamamu aku senang

Belum juga kah kau menyadarinya
Akulah yang pantas untuk kau cintai
Di bawah langit biru aku bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Arti cinta ini sudah menelan waktuku
Siang malam hanya untuk pikirkan engkau
Sejuta kali aku berani bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Biar saja waktu nanti
Yang menikmati kisah ini
Bersamamu aku senang
 
Belum juga kah kau menyadarinya
Akulah yang pantas untuk kau cintai
Di bawah langit biru aku bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Monday, January 24, 2011

Takpe ke????

hahahahha...eh belum pape da gelak..entry kali ni aku nak cter pasal 1 cter kelakar ni..maka tersebutlah di satu situasi p&p

cikgu: Hari ni kite akan belajar ayat majmuk..Hassan cube kamu tukarkan ayat tunggal ni kpd ayt majmuk
ayat 1 : Ali berbasikal ke sekolah
ayat 2 : Ali ternampak mayat

Ali : Saya cube cikgu...Ali ternampak mayat berbasikal ke sekolah

cikgu : ?? (xpe ke??)

mcm ni ke rupenye eh?
kpd para guru : carilah cth yg sesuai dlm pengajaran

Demi Kamu!!

salam semua...

sebenarnye ni kali pertama aku tulis untuk blog aku..2 pon atas desakan seorang adik beradik aku ni...cik mia namanye..hope sume blogger2 yg laen dapat memberi tunjuk ajar dan menyokong sepenuhnya aku dlm industri nie..(ecewah)

kpd cik mia. DEMI KAMU aku di sini..trimaz..